Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Myanmar Juga Layak Digelar Pesaing Utama – Hlaing Bo Bo

Setelah berjaya seri dengan salah satu pasukan pilihan pada kejohanan ini, pemain muda pasukan Myanmar, Hlaing Bo Bo menyifatkan bahawa mereka juga layak untuk digelar sebagai pesaing utama. 

Dalam pertembungan malam semalam, Vietnam mempunyai peluang untuk menambah mata serta mengetuai Kumpulan A tetapi dinafikan oleh pasukan Myanmar apabila pasukan yang dibarisi pemain muda itu hanya mampu terikat seri dengan Myanmar.

Bagi pemain berusi 22 tahun ini, seri keatas Vietnam adalah tanda bahawa pasukan Myanmar juga mampu memberi kejutan dan mempunyai kualiti untuk mengejutkan pasukan yang kuat.

“Sudah tentu saya tahu bahawa Vietnam dan Thailand adalah negara yang kuat tetapi malam ini kita menunjukkan apa yang boleh kita lakukan dan kita menunjukkan kualiti Myanmar dan betapa berbahayanya kita.”

Cabaran pasukan Myanmar seterusnya adalah apabila mereka akan berkunjung ke Malaysia bagi perlawanan akhir peringkat Kumpulan A bagi menentukan siapa yang akan layak ke peringkat seterusnya.

Dengan Malaysia yang mahukan kemenangan pasti akan memberi saingan yang sengit buat pasukan Myanmar apabila mereka hanya perlu seri jika mahu layak ke peringkat seterusnya.

Tetapi bagi beliau bukanlah satu mata yang Myanmar mahukan, tetapi mereka mahukan kemenangan kerana ia  akan menaikkan lagi motivasi mereka untuk bersaing ke peringkat seterusnya.

“Kami tidak akan bermain untuk satu mata dan seri, hanya tiga mata dan kemenangan itu adalah apa yang kami fikirkan dan tujuannya.”