Pasukan kebangsaan mengekalkan rekod kemenangan dengan mengalahkan Myanmar 3-2 untuk menempah tempat di separuh akhir Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Yogyakarta, Indonesia.
Ia merupakan kemenangan yang sukar untuk anak buah Chiew Chun Yong kerana mereka terikat 1-1 pada separuh masa di Universiti GOR Negeri Yogyakarta.
Kemenangan berturut-turut ke atas ketiga-tiga pasukan menyaksikan mereka menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan sembilan mata dan mereka akan bertemu dengan Vietnam pada perlawanan separuh akhir nanti.
Pasukan kebangsaan memulakan kempen mereka dengan kemenangan 10-0 ke atas Kemboja pada hari Isnin sebelum meneruskan rentak kemenangan 7-5 ke atas tuan rumah Indonesia pada hari Selasa.
Kejohanan yang diadakan pertama kali pada tahun 2001 dan pasukan kebangsaan telah menamatkan kempen di tempat kedua sebanyak empat kali, termasuk di Vietnam tahun lalu selepas kalah 3-4 dengan Thailand. – The Star.