Biarpun berumur 14 tahun, ia bukanlah menjadi satu halangan buat Fernando Ovelar untuk mengejutkan pelawat dengan gol beliau untuk perlawanan derby terbesar Paraguay apabila pasukannya Cerro Portena turun menentang Olimpia.
Menjadi penjaring termuda Division Satu, Ovelar sudah menunjukkan yang umur beliau bukanlah suatu masalah apabila membuat debut yang sangat menyakinkan minggu lepas.
Larian yang pantas serta mentaliti yang menyakinkan telah membuatkan anak muda ini kelihatan tenang di atas padang biarpun dikelilingi oleh pemain senior yang jauh jarak umurnya.
Menerusi gol larian pantas pada minit ke-16 ketika menentang Olimpia, Ovelar telah memecah rekod penjaring termuda sebelumnya yang menjaringkan gol pada umur 17 tahun, satu bulan dan 28 hari yang dipegang Sergio Diaz.
Perlawanan derby ini menyaksikan Cerro terikat 2-2 dengan Olimpia setelah pasukan lawan dihadiahkan penalti pada minit-minit akhir perlawanan.
Perlawanan ini juga dicemari dengan eksiden kad merah yang menyaksikan kedua-dua pasukan menerima kad merah.