Malaysia Berita

Cheng Hoe Hargai Kehadiran Pemain Senior, Mahu Anak Buah Mula Fokus

Tan Cheng Hoe menegaskan kepada pemain muda negara untuk mengikut jejak langkah tiga pemain senior negara – Norshahrul Idlan Talaha, Zaquan Adha Abdul Razak dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Ketiga-tiga pemain ini telah mempamerkan aksi yang terbaik bagi membantu kemenangan skuad negara ketika perlawanan persahabatan menentang Maldives baru-baru ini.

Beliau juga menyatakan bahawa tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan ketiga-tiga pemain senior ini dalam menunjukkan sifat kepimpinan untuk para pemain muda yang mendominasi senarai akhir 23 skuad ke Piala AFF Suzuki edisi 2018 ini.

“Mereka ini adalah pemain yang mempunyai pengalaman dan akan bekerjasama baik dengan pemain muda,” kata Cheng Hoe.

“Mereka mempunyai sikap yang baik sewaktu latihan, yang memberikan contoh yang baik untuk pemain muda.

“Mereka sentiasa bekerja keras dalam latihan dan apabila ini berlaku, ia mewujudkan persekitaran yang baik dalam pasukan.”

Malaysia yang akan memulakan sepak mula Piala AFF Suzuki 2018 dengan berkunjung ke Phnom Penh untuk menentang Kemboja bagi aksi pembukaan Kumpulan A, Khamis ini.

“Kami telah melakukan persiapan terbaik untuk kejohanan ini. Semua yang perlu kita lakukan sekarang adalah yakin dengan diri sendiri, “kata Cheng Hoe, yang merupakan pembantu kepada K. Rajagobal pada tahun 2010.

“Semua negara mahu untuk memenangi Piala ini, jadi kami harus fokus.”

Tiga pemain dijangka akan membuat debut pada Piala AFF Suzuki 2018 ini – Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan juga pemain naturalisasi pertama negara Mahamadou Sumareh