Luar Negara Berita

Pemain Leicester City Tiba Di Bangkok Untuk Memberi Penghormatan Terakhir Kepada Vichai Srivaddhanaprabha

Para pemain Leicester City tiba di Thailand untuk menghadiri pengebumian pengerusi kelab Vichai Srivaddhanaprabha yang terbunuh dalam nahas helikopter baru-baru ini.

Mereka yang hadir dengan suit hitam dan kemeja putih sampai pada waktu malam di Bangkok dan terus ke salah sebuah kuil di Bangkok bagi menghadiri upacara penghormatan terakhir yang berlangsung hampir seminggu.

Jutawan Thai berusia 60 tahun itu meninggal dunia pada 27 Oktober lalu bersama-sama empat lagi penumpang dan juga juruterbang ketika helikopternya terhempas berdekatan dengan Stadium King Power. 

Pasukan itu – termasuk pengurus Claude Puel, penyerang Jamie Vardy – dilihat tiba di kuil dengan berpakaian hitam untuk memberi penghormatan kepada pengerusi King Power.

Mereka terbang ke Thailand pada hari Sabtu selepas memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Cardiff City.