Malaysia Berita

Elak Lakukan Kesilapan – Bojan Hodak

Pengendali skuad B-19 negara, Bojan Hodak berkata anak buahnya perlu mengelak daripada melakukan beberapa kesilapan mudah jika mahu melangkah jauh pada Kejohanan Bawah 19 (B-19) Tahun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang kini berlangsung di Indonesia.

Pengendali kelahiran Croatia ini mengingatkan agar skuad muda negara belajar daripada kesilapan-kesilapan yang telah mereka lakukan ketika berdepan Arab Saudi.

Dalam pada masa yang sama, beliau tetap percaya bahawa anak buahnya mampu bangkit untuk berada pada landasan yang tetap bagi layak ke peringkat seterusnya.

“Pertahanan melakukan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya dengan memberi ruang untuk pemain lawan (Arab Saudi) menjaringkan gol.

“Jadi, untuk pergi jauh dalam kejohanan ini, kami perlu meningkatkan lagi persembahan dan cuba mengelak daripada melakukan kesilapan,” katanya kepada Berita Harian.

Malaysia memulakan kempen Piala AFC dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada negara timur tengah. 

Skuad muda negara akan berdepan Tajikistan bagi aksi kedua kumpulan D dan mereka memerlukan kemenangan untuk menghidupan kembali peluang mereka untuk layak ke peringkat seterusnya.