Jamie Carragher berkata semua mata akan tertumpu kepada Manchester United dan Jose Mourinho ketika mereka berkunjung ke Stamford Bridge untuk menghadapi Chelsea dalam Liga Perdana, Sabtu ini.
Sebelum liga berehat untuk memberi laluan kepada aksi antarabangsa, media England hangat memperkatakan bahawa Mourinho akan dipecat tidak kira apa juga keputusan pada perlawanan menentang Newcastle.
United menafikan laporan tersebut serta menyatakan sokongan kepada Mourinho sebelum kemenangan dramatik, 3-2 di Old Trafford.
“Terdapat perbincangan di Manchester United,” kata bekas pertahanan tengah Liverpool kepada Sky Sports. “Cerita ini sentiasa berada di muka hadapan akhbar setiap hari kerana ia adalah cerita yang sensasi. Mereka memilik pemain antarabangsa yang baik tetapi dan saya tidak ada keraguan yang mereka akan naik kembali.
“Saya fikir perlawanan liga tiga atau empat minggu akan datang sebelum rehat antarabangsa yang seterusnya, semua mata akan terarah kepada Manchester United dan Mourinho.
“Ia adalah perlawanan tumpuan dimana mereka akan bertemu dengan pasukan enam teratas. Disebabkan itu anda membawa Jose Mourinho ke kelab ini, untuk memenangi perlawanan dengan pasukan yang kuat.
“Ia bagus bagi mereka untuk menikmati rehat bagi aksi antarabangsa dengan tiga mata penuh. Cara mereka memenangi perlawanan tersebut adalah cara yang baik untuk menang apabila bangkit dan menjaringkan gol pada minit terakhir dan ia memberi motivasi kepada semua orang.”
Manchester United akan turun bertemu Chelsea pada Sabtu ini bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris.