Luar Negara Kolum

Prestasi 4 Pasukan Teratas Liga Perdana Inggeris Pada Aksi Antarabangsa

Berikut adalah pencapaian pemain daripada pasukan 4 teratas Liga Perdana Inggeris sewaktu aksi antarabangsa untuk negara masing-masing.

Manchester City

John Stones bermain hanya sekali sewaktu aksi antarabangsa, tidak diturunkan sewaktu England menang 3-2 ke atas Sepanyol akibat di gantung perlawanan, sementara Kevin De Bruyne yang tidak dipanggil untuk aksi antarabangsa, meneruskan latihan pemulihan dari kecederaan lutut.

Vincent Kompany bermain 90 minit sewaktu kemenangan Belgium ke atas Switzerland, tetapi direhatkan sewaktu seri 1-1 dengan Belanda.

Ederson memulakan perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi tetapi tidak diturunkan pada perlawanan yang menyaksikan Brazil mengatasi Argentina, di mana pada perlawanan tersebut Gabriel Jesus tidak menunjukkan aksi yang terbaik sewaktu berpasangan di bahagian serangan bersama Roberto Firmino. Danilo dikeluarkan pada separuh pada masa kedua disebabkan kecederaan.

Di kem Portugal pula, Bernardo Silva menjadi pemain utama Portugal selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo, menjaringkan gol penting sewaktu bertemu Poland, sementara Phil Foden menang untuk aksi keduanya bersama pasukan England Bawah 21, England B-21 mengalahkan Andorra dan Scotland.

Bagaimanapun pemain yang beraksi cemerlang pada aksi antarabangsa adalah Raheem Sterling, beliau menjaringkan gol buat England dan membantu England mengatasi Sepanyol.

Credit – Goal.com

Liverpool

Liverpool adalah pasukan yang paling bimbang setelah senarai panjang pemain yang mengalami kecederaan semakin meningkat.

Naby Keita digantikan semasa separuh masa pertama sewaktu kemenangan pertama pada kempen Piala Negara Afrika menentang Rwanda, manakala Sadio Mane juga masuk ke dalam senarai pemain yang cedera setelah beliau dikhabarkan mengalami patah ibu jari manakala Mohamed Salah diketepikan daripada perlawanan kedua Mesir dengan masalah otot.

Virgil Van Dijk juga pulang ke Liverpool lebih awal, setelah mengalami kesakitan tulang rusuk dalam beberapa minggu ini.

“Virgil bermain dengan dua tulang rusuk patah selama beberapa minggu dan sentiasa disuntik sebelum perlawanan,” kata pengurus Belanda, Ronald Koeman.

“Dia berkeras untuk hadir bersama. Beliau seorang yang hebat, kerana anda mahu pemain yang ingin berada di sini dan mengorbankan segalanya. ”

Jordan Henderson beraksi bersama England untuk tempoh rehat antarabangsa, tidak diturunkan sewaktu kemenangan England ke atas Sepanyol disebabkan penggantungan, manakala Trent Alexander-Arnold banyak memanaskan bangku simpanan.

Alisson bermain untuk Brazil sewaktu perlawanan menentang Argentina.

Jurgen Klopp sebelum ini telah mengkritik Liga Negara-Negara Eropah sebagai, ‘persaingan yang paling tidak masuk akal dalam dunia bola sepak’.

Credit – Skysport.com

Chelsea

Ross Barkley kembali menyarung jersi England dan bermain di bahagian hadapan skuad Gareth Southgate pada perlawanan menentang Croatia dan Sepanyol.

Pujian yang tinggi untuk Barkley dari rakan sepasukannya, Marcus Alonso yang berpendapat Barkley dapat memberikan jawapan kepada masalah bahagian hadapan England.

“Malah pada Piala Dunia, walaupun bermain dengan baik, England menyedari mereka tidak mempunyai pemain sebagus Barkley, bermain di tengah dan menggerakkan jentera serang, ” kata Alonso.

Bekas pemain tengah Chelsea, Nathaniel Chalobah membuat penampilan sulungnya bersama England selepas 97 penampilan di peringkat remaja, manakala Mateo Kovacic dan Mario Pasalic masing-masing membuat satu penampilan untuk Croatia.

Credit – Getty Image/Dailymail

Arsenal

Reiss Nelson menjaringkan gol melalui sepakan percuma untuk England Bawah 21 menentang Scotland, manakala Granit Xhaka membantu Switzerland sewaktu menentang Iceland.

Danny Welbeck dipanggil balik daripada tugas England apabila mengalami masalah otot dan akan dinilai sebelum menentang Leicester.

Tahap kecerdasan Lucas Torreira mungkin perlu dipantau setelah perjalanan jauh Uruguay  menentang Korea Selatan dan Jepun dalam perlawanan persahabatan.

Laurent Koscielny mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa dan mengkritik layanan  Didier Deschamps keatasnya.