Luar Negara Berita

Girona vs Barcelona : Tidak Adil Dan Mengarut, Real Madrid Hantar Bantahan

Real Madrid telah mengemukakan bantahan terhadap rancangan bagi perlawanan Girona vs Barcelona untuk dimainkan di Amerika Syarikat.

LaLiga mahu mengadakan perlawanan di Miami pada 26 Januari, namun Real percaya rancangan ini berpotensi memberikan lawan mereka kelebihan dan Real merasakan ia sesuatu yang tidak adil.

Dalam satu surat kepada Federasi Bola Sepak Sepanyol,  Los Blancos mengisytiharkan bahawa demi ‘integriti dan kesamarataan’ liga, perlawanan di tempat sendiri atau tempat lawan seharusnya dimainkan di tempat yang sepatutnya.

Liga Sepanyol telah bersetuju untuk bermain satu perlawanan setiap musim di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada perjanjian selama 15 tahun, namun ia tidak diterima baik di kalangan kelab La Liga sejak ia diumumkan.

Real menyatakan didalam surat ; “Pertama sekali kami ingin menyatakan bahawa Real Madrid tidak pernah diberitahu bahwa La Liga telah memohon untuk melangsungkan permainan diluar kawasan kebiasan dan pihak kami tidak pernah diminta untuk memberi pendapat kami tentangnya.

“Jelas sekali La Liga tidak mendapat persetujuan Real Madrid, walaupun pada hakikatnya permainan ini mempengaruhi kami.”