Luar Negara Berita

Keputusan Perlu Di Buat – Rio Ferdinand

Bekas pemain Manchester United, Rio Ferdinand berkata, kelab ini menghadapi beberapa “keputusan besar” di atas masa depan pengurus Jose Mourinho selepas kekalahan 3-1 kepada West Ham pada Sabtu lalu.

Kekalahan ketiga United dalam tujuh perlawanan Liga Perdana menjadikan mereka lapan mata di belakang pendahulu, Liverpool dan tiga mata di belakang empat pasukan teratas, dengan United kini bermain lebih satu perlawanan daripada pasukan di atas mereka.

“Sebagai seorang pemain bola sepak, DNA anda adalah kerja keras dan usaha,” kata Ferdinand.

“Saya tidak melihatnya hari ini,” tambah bekas pemain tengah England, yang memulakan kariernya di West Ham.

“Saya tidak melihat mereka membuat dua atau tiga hantaran berturut-turut – itu jenayah.

“Saya tidak melihat pemain yang cukup bekerja keras untuk mengatakan kepada pengurus ‘ini tempat saya dalam pasukan.’ Mereka perlu bekerja lebih keras dan saya tidak nampak usaha itu.”

Ferdinand menegaskan, “Ada beberapa keputusan besar yang perlu dibuat. Akan ada perbincangan di peringkat teratas kelab, mengenai masa depan pengurus dan skuad kendaliannya,”

United berada di belakang seawal minit kelima apabila Anderson membuka jaringan untuk West Ham.

Mereka terus dihukum dengan jaringan ke dua sebelum separuh masa pertama apabila sepakan Andriy Yarmalenko dari dalam kotak penalti terkena pertahanan tengah United, Victor Lindelof untuk gol sendiri.

United cuba bangkit pada minit ke-71 dengan gol tandukan Marcus Rashford sebelum mereka dihukum buat kali ke tiga dengan jaringan Marko Arnautovic untuk meletakkan West Ham dalam keadaan yang selesa.

Kemenangan ini menaikkan semangat West Ham selepas mereka memulakan musim ini dengan empat kekalahan liga di bawah pengurus baru Manuel Pellegrini.

Arnautovic mengakui bahawa kemenangan ini adalah suntikan semangat yang baik untuk The Hammers.

“Tidak kira bagaimana mereka merancang permainan, kami di sini adalah untuk cuba memenangi perlawanan ini, kami perlu melakukan tugas kami dan kami melakukannya dengan baik, dan itulah sebabnya kami berhak menang,” katanya.

Di tanya tentang kemelut bekas pengurusnya, Jose Mourinho, Arnautovic menambah: “Saya tidak mempunyai apa-apa untuk mengatakan, saya hanya melihat pasukan saya, apa yang dilakukan pasukan lain bukan perkara saya.”