Malaysia Berita

Piala AFC B-16: Luqman mahu terus meledak gol untuk skuad muda negara

Bintang skuad Malaysia B-16 tahun, Luqman Hakim tekad mahu meneruskan momentum beliau dalam perlawanan seterusnya selepas membantu skuad negara menewaskan Tajikistan 6-2 di Stadium Bukit Jalil tempoh hari.

Luqman menjaringkan empat gol dalam kemenangan 6-2 pada petang Khamis dan beliau mahu terus menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.

“Saya mahu kekalkan prestasi ini sekiranya dipilih untuk dua perlawanan akan datang sebab bila-bila masa sahaja jurulatih akan membuat keputusan tentang siapa yang akan diturunkan.

“Saya akan terus berusaha menjaringkan seberapa banyak gol kerana misi saya pada kejohanan ini adalah ingin muncul penjaring terbanyak dan bantu pasukan layak ke Piala Dunia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malaysia akan turun berentap Thailand pada petang esok, sebelum bertemu dengan Jepun pada hari Rabu depan.