Malaysia

TCFC mencari pemain untuk skuad B-21 dan ingin membuka Akademi Bola Sepak

Juara Piala Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) 2018 telah memuat naik status di Facebok rasmi mereka untuk mencari bakal pemain Terengganu City Football Club (TCFC) bawah 21 tahun untuk saingan Piala Presiden musim hadapan.

Pemilihan tersebut akan diadakan pada bulan Oktober di daerah Kemaman, Terengganu. Antara yang ditawarkan adalah gaji atau elaun akan diberikan sehingga RM1500 setiap bulan serta kemudahan asrama di kawasan Kemaman. Namun begitu, pemilihan ini terbuka hanya kepada anak Terengganu sahaja memngikut status tersebut.

Tiada sebarang maklumat lain yang dimuatkan namun mereka akan memberitahu perkara lanjut berkenaan perkara tersebut dalam masa terdekat.

https://web.facebook.com/TCityFC/photos/a.187464905014827/523046448123336/?type=3&theater

Pada masa yang sama, kelab yang telah mengumumkan penajaan melebihi RM6 juta untuk musim hadapan, telah merangka untuk menubuhkan satu akademi bola sepak. Ia terbuka untuk semua anak muda yang ingin menjadi pemain bola sepak muda suatu hari nanti.

Tiada sebarang sebarang maklumat dinyatakan bahawa akademi tersebut hanya untuk anak Terengganu sahaja seperti pemilihan pemain untuk skuad Piala Presiden.

Berdasarkan status mereka di Facebook, akademi tersebut akan bermula pada bulan Oktober di daerah Kemaman, Terengganu.

https://web.facebook.com/TCityFC/photos/a.129599097468075/523922208035760/?type=3&theater

Sebarang maklumat lanjut akan diberitahu kemudian, dan sekiranya anda berminat, boleh ikuti laman sosial TCFC di Facebook, Instagram dan juga Twitter.