Piala Malaysia Berita

MFL umum pindaan tarikh dan lokasi bagi dua perlawanan Piala Malaysia

Ekoran cuti Hari Raya Aidiladha dan SUKMA di Perak, pihak MFL hari ini mengumumkan perubahan tarikh dan gelanggang untuk dia perlawanan Piala Malaysia yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Perlawanan Johor Darul Ta’azim (JDT) menentang Kelantan di Stadium Larkin pada yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad (26 Ogos) telah ditukar ke 25 Ogos setelah pasukan Kelantan membuat permohonan pada 20 Ogos yang lalu. Menurut MFL, permohonan ini dibuat bagi memberi peluang kepada penyokong untuk hadir ke perlawanan berikutan cuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha.

Satu lagi perlawanan, iaitu perlawanan Perak menentang Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu di Stadium Ipoh telah ditukar ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Pertukaran ini dilakukan kerana Stadium Ipoh akan ditutup lebih awal untuk persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung pada 11 September nanti.

Keempat-empat pasukan kini dalam misi getir merebut slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas mempamerkan aksi yang bercampur baur dalam saingan kali ini.