Malaysia Asia

5 pengajaran yang perlu diambil daripada kekalahan Korea B23 ditangan Malaysia B23

“Tiada yang mustahil dalam bola sepak!” Ini merupakan laungan netizen Malaysia apabila bercakap mengenai perlawanan bola sepak melibatkan skuad negara terutamanya dalam menghadapi lawan yang jauh lebih hebat daripada kita.

Dan detik 17 Ogos 2018 akan dikenang sebagai salah satu detik bersejarah dalam bola sepak Malaysia dek kemenangan 2-1 yang dicatatkan anak buah Datuk Ong Kim Swee ketika bertemu Korea B23 dalam saingan Sukan Asia 2018. Dua gol dijaringkan oleh penyerang muda negara, Safawi Rasid berjaya menyentap ego pasukan gergasi Asia tersebut.

Namun begitu, dalam keadaan pasukan Korea ketinggalan 2 gol, mereka tetap berusaha dan tidak mengaku kalah untuk mengejar dan bangkit daripada ketinggalan. Penulis merasakan ada beberapa perkara sesuai dijadikan inspirasi dan pedoman buat pemain Malaysia dalam menghadapi perlawanan-perlawanan bola sepak.

Berikut adalah lima pengajaran yang dapat diambil daripada kekalahan Korea B23 ditangan Malaysia B23: