Santai Piala Dunia 2018

Kenali penjaga gawang tampan Perancis, Hugo Lloris!

Penjaga gol nombor satu Perancis, Hugo Lloris menjadi antara salah seorang pemain penting yang membawa Perancis ke pentas akhir Piala Dunia 2018. Aksinya menafikan beberapa percubaan tepat ke sasaran adalah sesuatu yang mengagumkan peminat bola sepak dunia.

Setakat ini, dia telah berjaya menghasilkan tiga ‘clean sheet’ sepanjang bermain dalam kejohanan Piala Dunia 2018. Perlawanan tersebut adalah ketika bertemu Peru, Uruguay dan Belgium.

Penjaga gol berumur 31 tahun ini baru sahaja mengecapi 100 penampilan bersama skuad Les Bleus ketika perlawanan tempoh hari.

Pastinya bertambah manis jika Hugo Lloris dan rakan-rakannya berjaya mengulangi pencapaian skuad Perancis 1998 dengan menjulang Piala Dunia di Moscow nanti.

Berikut adalah beberapa perkara tentang penjaga gol Perancis, Hugo Lloris: