Piala Dunia 2018 Santai

Siapakah Denis Cheryshev? 5 perkara yang anda perlu tahu tentang pemain sayap Rusia

Rusia telah sah terkeluar daripada saingan Piala Dunia 2018 setelah tewas pada penentuan penalti ketika bertemu Croatia.

Sebelum itu, perlawanan terikat 1-1 sehingga memaksa mereka bermain dalam masa tambahan. Dalam 30 minit masa tambahan itu juga, kedua-dua pasukan berjaya menjaringkan 1 gol menyebabkan tiada apa yang dapat memisahkan mereka setelah 120 minit permainan.

Namun begitu, disebalik kejayaan pasukan Rusia membuktikan mereka bukan pasukan belasahan kepada dunia dengan mara sehingga pusingan suku akhir, satu lagi perkara yang mencuri tumpuan adalah pemain berjersi No. 6 Denis Cheryshev.

Sepanjang kejohanan ini, dia telah menjaringkan 4 gol. Perlawanan bertemu Croatia pula, Denis Cheryshev telah menjaringkan salah satu gol tercantik dalam kejohanan kali ini. Rembatan ‘curl’ dari luar kotak penalti menewaskan Danijel Subasic untuk memberikan gol awal kepada pasukan Rusia.

Sebelum ini, pemain ini bukanlah seorang pemain bintang terkenal dalam dunia bola sepak, namun dengan prestasinya semasa mewakili negaranya dalam kejohanan ini menjadikan namanya meniti di bibir para peminat bola sepak dunia.

Berikut adalah lima perkara yang anda perlu tahu tentang pemain sayap Rusia ini: