Kajian & Analisis Piala FA Malaysia

Tribe Rating: Sumareh cemerlang untuk Pahang, di manakah Rufino Segovia?

Nampaknya skuad Tok Gajah berjaya menafikan cita-cita Selangor untuk ke Asia pada musim hadapan. Ini berikutan, Pahang telah berjaya menundukkan Selangor 2-0 dalam aksi akhir Shopee Piala FA 2018.

Satu rembatan padu daripada Azam Azih dari luar kotak penalti berjaya mengalahkan Kharulazhan pada separuh masa pertama dan satu gol penalti oleh Patrick Cruz pada separuh masa kedua sudah cukup untuk Pahang menjadi juara Shopee Piala FA 2018.

Berikut adalah rating kedua-dua pasukan dalam aksi akhir Shopee Piala FA 2018:

Rating pemain Selangor:

Mohd Khairulazhan - 5/10

Melepaskan 2 gol dan gagal menampan dengan kemas sepakan lemah penalti oleh Patrick Cruz.

Kannan Kalaiselvan - 5/10

Menjadi mangsa kepantasan dan kelincahan Sumareh yang banyak menodai kawasannya.

Muhd Amirul Ashraf - 5/10

Jika Kannan menjadi mangsa Sumareh, Amirul Ashraf pula menjadi mangsa Mat Yo.

Saiful Ridzuwan - 4.5/10

Aksi yang hambar di tengah. Tidak banyak yang diberikan oleh beliau.

Rufino Segovia  - 6.5/10

Agak malang beliau pada malam ini kurang mendapat bekalan bola yang baik daripada rakan sepasukan. Namun beberapa peluang yang terhidang juga gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau.

Razman Roslan - 4.5/10

Gandingan yang kurang memberangsangkan olehnya dengan Alfonso.

Alfonso De La Cruz - 4/10

Selain daripada mereka bolos 2 gol. Alfonso menyebabkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Pahang setelah melakukan terjahan lewat ke atas Amutu.

Amri Yahyah - 6/10

Prestasi yang agak biasa oleh Amri Yahyah. Satu terjahan dilakukannya dari belakang terhadap Sumareh adalah tidak sepatutnya berlaku dengan status pemain senior bola sepak malaysia.

Ilham Udin - 6.5/10

beberapa kali mendapat bola dalam melakukan serangan namun kurang dari segi membuat keputusan tepat samada untuk melakukan percubaan atau memberikan kepada rakan sepasukan.

Syahmi Safari - 5/10

Selain daripada lorongan yang cantik kepada Amri Yahyah pada awal permainan, persembahan beliau selepas itu tidak begitu memberangsangkan.

Kugan Dhevarajan - 4.5/10

Tidak memberi impak yang tinggi kepada pasukan. Dia ditukarkan kepada Evan Dimas pada separuh masa kedua.

Pemain gantian:

Evan Dimas - n/a

Tidak banyak dilakukan olehnya.

Azammuddin Akil - n/a

Kemasukannya tidak mampu menggugat kekebalan benteng pertahanan Pahang.

Joseph Kalang Tie - n/a

Masuk pada lewat minit permainan, tiada banyak yang mampu ditonjolkan olehnya.

Rating pemain Pahang:

Helmi Eliza - 8/10

Kekal berdisiplin dalam memastikan Pahang dapat memenangi perlawanan ini dengan 'clean sheet'.

Matthew Davies - 7/10

Berjaya mengekang Ilham Udin dan Rufino yang sering bertukar-tukar posisi untuk menyerang melalui kawasannya.

Norshahrul Idlan Talaha - 7.5/10

Menunjukkan persembahan seumpama aksi beliau ketika Piala AFF 2010. Menggelecek melalui sayap dan mengalahkan pemain lawan sebelum melakukan hantaran kepada rakan sepasukan di dalam kotak penalti.

Patrick Cruz - 7/10

Menjaringkan gol melalui sepakan penalti selain daripada beberapa kali melakukan percubaan ke arah Khairulazhan.

Bunyamin Omar - 6.5/10

Bergandingan dengan baik bersama-sama Muslim Ahmad untuk membentuk pertahanan yang mantap seterusnya menggagalkan Selangor untuk menjaringkan gol.

Mohd Faisal - 6.5/10

Sebahagian daripada barisan pertahanan Pahang yang mantap. 'Clean sheet' berjaya diperolehi oleh mereka.

Nor Azam Azih -  8.5/10

Rembatan padu dari luar kotak penalti memberikan gol awal kepada Pahang. Gandingan beliau bersama Safuwan sangat memberangsangkan. Tugasan bertahan yang dilakukan juga menyukarkan pemain Selangor untuk melakukan serangan.

Safuwan Baharuddin - 8/10

Gandingan yang mantap bersama Azam Azih menyebabkan Selangor buntu untuk melancarkan serangan ke arah gawang Pahang. Sering kali dapat memintas bola dan melakukan halangan terhadap bola daripada Selangor.

Muslim Ahmad - 8/10

Jika pemain Selangor berjaya melepasi cabaran Azam - Safuwan, Muslim pula yang menanti mereka. Pemain yang mengetuai barisan pertahanan Pahang untuk memastikan mereka menang dengan 'clean sheet'.

Mohamadou Sumareh - 7.5/10

Jika Mat Yo dominan di bahagian sayap kanan, Sumareh pula dominan di bahagian sayap kiri. Kepantasan dan kelincahannya memberikan cabaran yang besar kepada Kunnan.

Amamchi Augustine Iwuji - 6.5/10

Amutu tidak berada dalam keadaan 'off form' namun dia sedikit kurang impaknya dalam memberikan ujian kepada Khairulazhan. Walau apa pun, terima kasih kepada larian yang dilakukan beliau menyebabkan Pahang dihadiahkan sepakan penalti.

Penain gantian:

Wan Zaharulnizam - n/a

Masuk menggantikan Patrick Cruz. Tidak banyak yang dapat dilakukan olehnya.

Zubir Azmi - n/a

Masuk menggantikan Faisal Rosli. Tidak banyak yang dapat dilakukan olehnya.

Faisal Halim - n/a

Masuk menggantikan Sumareh. Tidak banyak yang dapat dilakukan olehnya.