Jepun berjaya menempah tiket ke pusingan kalah mati di Piala Dunia 2018, biarpun tewas 0-1 menentang Poland dalam perlawanan terakhir Kumpulan H di Volgogrod sebentar tadi.
Gol babak kedua dari Bednarek membantu Poland meraih tiga mata pertama mereka di Rusia, Jepun tetap akan beraksi di pusingan kalah mati, selepas Colombia berjaya menewaskan Senegal 1-0 di Samara Arena.
Keputusan kedua-dua perlawanan ini bermakna Colombia akan mara selaku juara kumpulan dengan enam mata, manakala Jepun dan Senegal terikat dengan empat mata di tempat kedua dan ketiga. Kedua-dua pasukan mempunyai rekod jaringan yang serupa, manakala ‘head-to-head’ rekod di antara mereka juga seimbang selepas seri 2-2 hari Ahad lepas.
Akhirnya, faktor yang memisahkan kedua-dua pasukan dan membantu Jepun mara ke peringkat seterusnya adalah ‘rekod Fair Play’ di mana jumlah kad kuning yang diperoleh oleh Jepun di pentas Piala Dunia 2018 lebih kurang berbanding dengan Senegal.
Berikut adalah beberapa perkara yang perhatikan sepanjang perlawanan tersebut: