Juara Piala Dunia 2010 turun ke Kazan Arena untuk berentap dengan wakil asia, Iran dalam aksi kedua Kumpulan B. Sepanyol yang mencatatkan keputusan seri 3-3 ketika bertemu Portugal tempoh hari mahu mengutip 3 mata untuk meningkatkan peluang mara ke saingan kalah mati.
Sebelum itu, Portugal juga telah berjaya memenangi aksi kedua mereka dalam Kumpulan B ketika menentang wakil Afrika, Maghribi. Tentunya Sepanyol tidak mahu ketinggalan dalam persaingan dan mengalahkan Iran adalah satu kemestian untuk perlawanan ini.
Setelah berhempas-pulas menghadapi Iran yang bermain dengan corak defensif, Diego Costa berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada separuh masa kedua. Gol yang berpunca daripada kesilapan pemain pertahanan Iran itu sudah memadai untuk memberikan Sepanyol 3 mata penuh.
Setakat ini, Sepanyol dan Portugal berkongsi 4 mata dan menduduki tangga pertama dan kedua Kumpulan B.
Berikut adalah pemerhatian kami sepanjang perlawanan berlangsung: