Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Tribe Ratings Pemain: Halldórsson muncul wira Iceland, Messi gagal bantu Argentina

Aksi Kumpulan D menemukan pasukan Argentina dan Iceland. Perlawanan bermula dengan Argentina melakukan serangan ke arah gawang Iceland namun mereka bertahan dengan baik.

Namun tidak lama selepas itu, Argentina berjaya mendahului seawal minit ke-19. Ekorang itu, Iceland juga cuba untuk bangkit menyamakan kedudukan. Mereka berjaya menjaringkan gol menerusi Finnbogason setelah Caballero gagal menampan bola dengan kemas.

Separuh masa kedua, Argentina jelas mendominasi permainan dengan menguasi hampir 70% penguasaan. Lionel Messi gagal memanfaatkan sepakan penalti apabila Halldorson berjaya menafikannya.

Keadaan seri 1-1 kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Berikut adalah ratings pemain untuk kedua-dua pasukan.

Ratings pemain Argentina:

Wilfredo Caballero (6/10)

Tampanan yang kurang kemas menyebabkan pasukan lawan mengambil peluang untuk menjaringkan gol. Selain daripada itu, beliau tidak banyak diuji dengan pasukannya mendominasi perlawanan dan menguasai penguasaan bola.

Nicolas Tagliafico (6.5/10)

Banyak bergandingan dengan Angel Di Maria di bahagian sayap kiri untuk melakukan serangan. Hantaran satu-dua antara mereka juga tampak serasi.

Marcos Rojo (6.5/10)

Bergandingan dengan Nicolas Otamendi di bahagian pertahanan tengah. Berjaya memberikan ‘assist’ untuk Sergio Aguero menjaringkan gol pendahuluan.

Nicolas Otamendi (6/10)

Melakukan kesilapan mudah yang mampu merugikan pasukan. Mendapat beberapa percubaan namun hanya sekadar tidak tepat ke sasaran.

Eduardo Salvio (5.5/10)

Bek kanan ini tampak efektif di kawasannya. Sering naik ke atas untuk membantu Meza.

Lucas Biglia (5/10)

Permainannya tidak begitu menonjol di kawasan tengah Argentina. Hanya mampu bertukar-tukar hantaran di kawasan midfield. Dia dikeluarkan pada minit ke-54 dan digantikan dengan Ever Banega.

Javier Mascherano (7/10)

‘Deep-lying playmaker’ pasukan Argentina yang bertindak sebagai perancang utama untuk memulakan serangan. Selain itu beliau banyak berada dibawah juga untuk melindungi barisan pertahanan pasukannya.

Angel Di Maria (6.5/10)

Banyak bermain hantaran satu-dua dengan Lionel Messi. Banyak bermain di sebelah sayap kiri dan melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti lawan. Dikeluarkan pada minit ke-75.

Maximiliano Meza (6/10)

Berada di posisi sayap kanan dan melakukan banyak hantaran kepada rakan sepasukan kedalam kawasan kotak penalti. Ditukarkan pada minit ke-84 dengan Gonzalo Higuain.

Lionel Messi (6.5/10)

Pemain yang paling menonjol untuk pasukan Argentina. Mendominasi bahagian midfield pasukan dan banyak menggerakkan serangan. Agak mengecewakan sepakan penaltinya dapat diselamatkan oleh Halldorson. Namun beberapa rembatannya mampu memberikan ancaman kepada gawang Iceland.

Sergio Aguero (6.5/10)

Menjaringkan gol pendahuluan untuk pasukan Argentina. Sering bertukar hantaran dengan Lionel Messi namun sering kali dapat dipintas oleh pertahanan Iceland.

Pemain Gantian

Ever Banega (5/10)

Kehadiran beliau pada minit ke-54 jelas mengubah sedikit permainan Argentina di kawasan tengah.

Cristian Pavon (n/a)

Masuk menggantikan Angel di Maria dengan permainan berbaki 15 minit. Mengambil posisi yang sama iaitu sayap kiri dan mampu memberikan tekanan kepada Saevarson.

Gonzalo Higuain (n/a)

Masuk pada minit ke-84 dan penyerang Juventus ini tidak dapat memberikan impak yang tinggi.

Ratings pemain Iceland: