Luar Negara Piala Dunia 2018

Lima pemain muda yang bakal menyinar di Piala Dunia 2018

Piala Dunia merupakan tempat di mana ramai pemain muda memperkenal diri mereka kepada dunia. Kita sudah melihat ramai pemain muda yang akhirnya muncul menjadi bintang selepas aksi hebat di Piala Dunia.

Pemain seperti Pele, Ronaldo, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sebelum ini telah menjadikan Piala Dunia sebagai pentas mereka menunjukkan bakat. Kini giliran pemain-pemain generasi baru ini pula. Mari kita lihat lima pemain muda yang bakal menyinar di Russia nanti.