Tidak sampai seminggu selepas membuat penampilannya di Liga Bolasepak Amerika Syarikat, pemain berdarah Malaysia Wan Kuzain Wan Kamal sekali lagi mencipta sejarah.
Dalam kemenangan 4-1 pasukannya, Sporting Kansas City ketika menentang Minnesota United, Wan Kuzain berjaya muncul sebagai salah seorang penjaring buat Sporting KC.
Menerima umpanan pemain kebangsaan Amerika Syarikat, Graham Zusi yang membuat larian daripada sebelah kiri, Wan Kuzain membuat rembatan melencong ke arah bawah kanan gawang Minnesota United.
Dengan jaringan tersebut dia menjadi pemain berdarah Malaysia pertama yang menjaringkan gol di MLS. Wan Kuzain juga menjadi antara pemain ‘homegrown’ yang menjaringkan gol untuk Sporting KC.
⚽️ One more time for those those in the back… the Malaysian Messi @LeKuz7 is on the board!!!
This kid is going to be fun. #SKCvMIN #ForGloryForCity https://t.co/Q2UbzET3MV
— Sporting Kansas City (@SportingKC) June 4, 2018
Pemain berusia 19 tahun ini telah mula menarik perhatian peminat bolasepak di Amerika Syarikat sehingga digelar Messi Malaysia. Pasti ramai peminat Malaysia teruja mahu melihat anak muda ini beraksi untuk Malaysia, namun dengan prestasinya sekarang, tidak terkejut jika dia bakal mendapat panggilan ke skuad kebangsaan Amerika Syarikat yang kini sedang dibentuk semula dengan ramai pemain muda.
Nampaknya kita mungkin akan dapat melihat anak Malaysia beraksi di Piala Dunia suatu hari nanti, tapi bukan dengan pasukan Malaysia.