Malaysia Liga Super Malaysia

Kelantan bawa masuk pemain tengah Krygzstan

Di sebalik kekalahan besar kepada Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur semalam, nampaknya ada sinar buat para penyokong Kelantan.

Selepas beberapa pemain import dilepaskan, seorang demi seorang pemain import dibawa masuk bagi menggantikan posisi mereka.

Setelah mendapatkan pemain pertahanan Tunisia, Alaeddine Bouslimi, seorang lagi pemain import sah menyertai The Red Warriors.

Terbaru Kelantan telah mengumumkan kehadiran pemain tengah daripada Krygzstan, Bakhtiyar Duyshobekov.

Kehadiran Bakhtiar ini adalah bagi menggantikan tempat Morgaro Gomis yang sudah tidak berada di dalam perancangan Kelantan.

Tidak banyak yang diketahui mengenai Bakhtiar kecuali dia banyak beraksi dengan kelab-kelab bolasepak di Krygzstan. Pemain berusia 22 tahun ini juga beraksi untuk skuad bawah 21 tahun dan skuad kebangsaan Krygzstan sebelum ini.

Dengan umur yang muda, pastinya Bakhtiar mudah menyesuaikan diri dengan taktikal Fajr Ibrahim dan skuad muda Kelantan.

Akan tetapi, mungkin kehadiran Bakhtiar sudah sedikit lewat untuk membantu Kelantan keluar dari zon penyingkiran.

Kekalahan besar kepada Selangor semalam menyebabkan Kelantan terus sukar untuk keluar dari zon penyingkiran dan ramai penyokong Kelantan mula menyuarakan ketidak puasan hati mereka.