Malaysia Berita

SEA BEST XI: Sebelas pemain terbaik di Asia Tenggara minggu lepas (24-30 April)

Salam sejahtera, para pembaca Football Tribe sekalian!

Kami kembali lagi minggu ini dengan edisi terkini konten terbaru Football Tribe, iaitu ‘Southeast Asia Weekly Best XI’ ataupun Kesebelasan Terbaik Mingguan Asia Tenggara!

Senarai ini dibina melalui kolaborasi antara panel penulis kami di seluruh Asia Tenggara, dan berikut adalah senarai 11 pemain terbaik di rantau ini sepanjang satu minggu lepas.

GK – Pairote Eiam-mak

Penjaga gol milik kelab Thailand, Sukhotai FC ini tampil hebat ketika berdepan kelab gergasi, Buriram United. Dia melakukan beberapa aksi tangkas yang mengujakan sewaktu menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi, sebelum mengemudi pasukannya menundukkan Buriram.

DF – Jeffrey Christiaens

Pemain bek Ceres Negros iaitu kelab dari Filipina ini telah menyumbatkan gol ke gawang JPV Marikina dan memacu kemenangan 4-1 pasukannya. Sehingga kini, Ceres masih belum tewas di liga dan Jeffrey menjadi tonggak utama buat pasukannya.

DF – Steven Paulle

Pemain tengah dari Perancis yang mewakili PSM Makassar ini beraksi hebat apabila membawa pasukannya mencatat keputusan seri menentang Sriwijaya FC. Paulle jelas menyekat serangan lawan yang dipimpin oleh penyerang sensasi, Beto Goncalves.

DF – Mahamadou N’Diaye

Di bahagian berlawanan berbanding Paulle, N’Diaye turut tampil cemerlang menyekat asakan PSL Makassar. Bek tengah Sriwijaya FC ini sering melakukan penutupan ruang yang sempurna dan sukar ditembusi penyerang PSM.

Sayap kiri – Sean Selvaraj

Ketiadaan Evan Dimas dan Ilham Udin, Selangor FA mengharapkan pemain lain mempamerkan keajaiban dan Sean Selvaraj berjaya mengharungi tanggungjawab itu. Beraksi sebagai kesebelasan utama buat pertama kali, pemain sayap berusia 22 tahun ini menyumbat gol ketika menentang Negeri Sembilan dan membantu pasukan mencipta kemenangan.

Tengah – Douglas Packer

Pemain dari Brazil ini menyumbat dua gol, termasuk satu gol hebat dari jarak jauh ketika mengemudi Barito Putera menewaskan Bhayangkara FC. Namun, dia bukan sekadar menjaringkan gol apabila turut merencanakan serangan Barito dalam aksi tersebut.

Sayap kanan – Wander Luiz

Wander Luiz berjaya mengemudi pasukannya, Perak FA, menang 3-0 ke atas Kuala Lumpur. Dia mempamerkan kualiti sebagai pemain import menerusi satu jaringan dan satu bantuan gol. Malah, dia juga sering menghadirkan ancama buat lawan.

Tengah menyerang – Nguyen Cong Phuong

Cong Phuong adalah pemain sempurna dari Xuan Truong. Pemain tengah menyerang HAGL ini menyumbatkan dua gol ketika menundukkan Quang Nam di Piala Nasional Vietnam.

Penyerang – Paulo Rangel

Penyerang dari Brazil ini kini mewakili kelab Thailand, Nakhon Ratchasima FC, dan telah mencipta hatrik sewaktu menewaskan Navy FC. Tiga gol itu jelas menghadiahkan kemenangan buat pasukannya.

Penyerang – Hoang Vu Samson

Samson mencetak dua gol sewaktu membawa pasukannya, Hanoi FC, menundukkan Saigon FC di pentas Piala Nasional Vietnam. Dia menjadi penyumbang terbesar dalam kemenangan 5-0 yang diraih.

Anda setuju dengan pilihan panel penulis Football Tribe? Kongsikan pandangan anda di ruang komen laman Facebook kami!