Pertembungan dua pasukan yang mahu bangkit semula daripada kekecewaan Piala FA. Kuala Lumpur dan Perak. Kedua-duanya mempunyai sebab tersendiri untuk menang dalam aksi Liga Super malam esok. Perak pastinya mahu mencipta kemenangan pertama di laman sendiri selepas gagal melakukannya ketika menentang PKNS, sementara Kuala Lumpur pula mahu meneruskan rentak cemerlang mereka sebagai ‘Giant Killer’ selepas melakukannya ke atas JDT, Pahang dan Kedah. Ini lima pemain daripada kedua-dua pasukan yang mungkin menarik perhatian.