Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) Joko Driyono telah mengumumkan stadium yang akan digunakan bagi aksi Piala AFF bawah 18 tahun yang akan berlangsung di Indonesia nanti.
Kejohanan tersebut yang akan berlangsung pada tanggal 2-14 Julai akan berlangsung di Stadium Gelora Delta di Jawa Timur. Stadium Gelora Delta sebelum ini pernah menjadi gelanggang Piala AFF Bawah 18 tahun pada tahun 2013.
Malaysia akan mempertaruhkan skuad muda di bawah kendalian Bojan Hodak bagi aksi ini dan akan beraksi dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Timor Leste, Kemboja dan Brunie.
Kumpulan A pula melibatkan pasukan tuan rumah, Indonesia bersama Thailand, Vietnam,Singapura, Filipina dan Laos.
Skuad Garuda Muda baru sahaja mendapat ketua jurulatih baru, Indra Sjafri yang menggantikan tempat Bima Sakti dan PSSI telah meletakkan sasaran untuk Garuda Muda meraih gelaran juara dalam kejohanan tersebut.
Sebagai persiapan menjelang kejohanan, skuad bawah 18 tahun Malaysia telah menyertai Kejohanan Piala Sanix di Jepun pada bulan Mac lalu.
Anak buah Bojan Hodak tewas tiga perlawanan berturut-turut dan cuma menang satu perlawanan dalam kejohanan tersebut.