Ekoran kejadian tragis ketika pertemuan di antara Persib Bandung dan Arema di Stadium Kanjuruhan pada hari Ahad lalu, pihak pengurusan Arema FA mula mengkaji untuk menyediakan penjualan tiker berserta insurans kepada penyokong.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku sebarang insiden sepanjang perlawanan.
Menurut Ketua Pengarah Arema FC, Ruddy Widodo seperti dilaporkan Kompas.com, insurans untuk penonton telah dikaji sebelum ini tetapi tidak dilaksanakan. Selepas apa yang terjadi, mungkin mereka akan melaksanakan perkara ini.
“Sepatutnya memang perlu ada insurans. Ini akan kami kaji.
“Kami masih mempunyai beberapa perlawanan besar di masa akan datang. Persib, Persebaya itu kan perlawanan besar. Kami perlu berwaspada. Bukan saya minta untuk perkara seperti ini berulang lagi, tetapi adalah lebih baik jika kami mengambil langkah berjaga-jaga.
“Kami memang sedang mencari jalan penyelesaian. Ada banyak syarikat insurans yang mempunyai khidmat untuk ini. Ini memang sudah lama kami rancang. Kami akan mencari syarikat insurans yang boleh melakukannya.”
Pada hari Ahad lalu, penyokong Arema FC merusuh dan masuk ke dalam padang kerana berang dengan keputsan pengadil.
Menurut rekod Palang Merah Indonesia (PMI) Malang, seramai 212 orang telah dibawa ke hospital disebabkan sesak nafas serta patah kaki dan tangan. Setakat ini masih ada lapan orang mangsa yang sedang dirawat di hospital. Ketua Jurulatih Persib Bandung, Mario Gomez turut tercedera di bahagian kepala selepas ada penyokong Arema melemparkan batu ke arahnya.