Sepuluh tahun lalu, wujud satu masalah yang dihadapi skuad England. Ketika itu, mereka tidak mampu untuk memecahkan peranan buat Frank Lampard dan Steven Gerrard, sekaligus keliru sama ada mereka mampu beraksi bersama atau tidak. Ia dikatakan menjadi salah satu punca England gagal melangkah ke EURO 2008. Situasi itu menyebabkan Paul Scholes berpendapat England harus bermain secara terbuka untuk membolehkan kedua-duanya beraksi. Kini, episod sama tampak berulang.
Kali ini, ia melibatkan pemain Manchester United, Jesse Lingard, serta Dele Alli, bintang Tottenham Hotspur. Segalanya bermula selepas Rio Ferdinand menyifatkan Lingard memiliki kemampuan yang berbeza berbanding kebanyakan pemain tengah England. Tidak lama kemudian, Alli muncul dengan aksi memukau sewaktu menundukkan Chelsea. Adakah perdebatan untuk Gerrard dan Lampard kembali berulang terhadap Lingard dan Alli?
Sentuhan pantas Lingard lawan Gerakan bijak Alli
Sebelum membincangkan lebih lanjut, ayuh bandingkan permainan antara kedua-dua pemain ini. Mereka dikenali dengan pemain tengah moden, bijak serta memiliki kaki yang laju. Tentunya yang paling menarik perhatian adalah kemampuan menjaringkan gol. Lingard telah menyumbat 14 gol dalam semua kejohanan sementara Alli menghasilkan 12 jaringan buat Spurs pada musim ini.
Namun, Lingard mempunyai kemampuan istimewa yang tidak dimiliki Alli dan begitu juga sebaliknya. Kebolehan Lingard itu telah disebut oleh Ferdinand sebelum ini ketika berdialog bersama Martin Keown dan Steve McManaman.
Bagi Ferdinand, kelebihan Lingard adalah kemampuan menggunakan satu sentuhan terhadap bola, sekaligus menjadikan gerakan serangan berlaku dengan lebih cepat. Gerakan Lingard tanpa bola juga disifatkan Ferdinand sebagai sesuatu yang merbahaya buat pertahanan lawan kerana ketika ini, kebanyakan pemain lebih gemar memegang bola lebih lama.
Kenyataan Ferdinand itu ada benarnya. Anda boleh menyaksikan sendiri ketika Lingard mencipta gol atau membantu menghasilkannya. Pergerakan tanpa bola dan sentuhan pantas jelas menjadi senjata rahsia pemain berusia 25 tahun ini. Salah satunya adalah ketika menyumbat gol bertemu Arsenal dalam pertemuan ke-16 liga.
Ketika semua penonton tergamam dengan kuisan Anthony Martial, gerakan Lingard jelas berada di luar jangkaan Lauren Koscielny. Pertahanan Perancis itu hanya menyedari kehadiran Lingard selepas pemain England itu selangkah di hadapan, hanya menunggu masa melakukan tendangan ke arah gol yang dikawal Peter Cech. Aksi dalam pertemuan itu adalah gambaran mudah kemampuan yang dimiliki Lingard.
Sementara Alli, dia lebih hebat ketika berada di kubu akhir bahagian serangan. Gerakan-gerakan yang dihasilkan pemain berusia 20 tahun ini adalah yang terbaik. Ia seolah-olah mudah bergerak melalui celah-celah pertahanan dan membuka ruang buat pemain lain.
Tatkala Lingard memiliki keistimewaan pada sentuhan biasa, Alli lebih hebat dalam mencipta gerakan. Situasi ini membolehkan setiap serangan itu menjadi lebih lancar kerana kebanyakan pemain hanya mampu mencetuskan idea yang mudah dibaca. Bagaimanapun, kadangkala ia juga mampu membuatkan rakan sepasukan untuk memahaminya. Buktinya, serangan-serangan Spurs sering dimatikan dengan lebih mudah.
Mampukah kedua-duanya beraksi bersama?
Persoalan sama ada mereka mampu beraksi bersama atau tidak telah mencetuskan debat yang besar. Ia seakan-akan menjadi pengulangan kepada masalah yang dihadapi England ketika era Gerrard dan Lampard, sekaligus memberikan masalah buat pengendali England, Gareth Southgate.
Sebenarnya, Southgate sedang berusaha keras untuk menggunakan khidmat kedua-dua pemain ini dengan cara menerapkan tiga pertahanan, sekaligus memenuhkan jentera tengah. Hal ini juga dibincangkan Keown bersama Ferdinand. Apa yang dapat dilihat adalah Southgate cuba untuk meletakkan Alli dan Lingard dalam posisi sama sementara Eric Dier beraksi sebagai pemain tengah bertahan.
Ia tampak ideal tetapi sejauh mana keberkesanan taktikal itu terhadap Alli dan Lingard? Perancangan menggunakan dua pemain tengah menyerang ini sebenarnya sudah pernah digunakan beberapa pasukan lain, seperti Real Madrid sewaktu mempertaruhkan Marco Asensio dan Isco Alarcon dalam satu masa. Jika di peringkat tempatan, ia boleh dilihat menerusi Marcos Flores dan Robertino Pugliara yang digunakan oleh Persib Bandung, sambil disokong oleh Hariono atau Kim Kurniawan ketika itu.
Itali juga menggunakan pendekatan sama ketika EURO 2016, dimana pada waktu itu, Marco Parolo dan Emanuele Giacherrini disokong oleh Danielle De Rossi, justeru Southgate juga boleh menggunakan konsep sama. Bagaimanapun, tidak mudah buat Southgate untuk terus mengikuti pendekatan Antonio Conte ketika EURO 2016.
Pertama, istilah pemain tengah menyerang. Itali mempu melakukannya dengan baik kerana Parolo dilihat lebih banyak masuk ke dalam sementara Giacherrini lebih bebas di atas padang, sekaligus menyaksikan pembahagian peranan yang lebih seimbang.
Masalahnya, siapa di antara Alli dan Lingard yang akan bertindak seperti Parolo kerana kedua-duanya dikenali dengan prestasi terbaik apabila dibenarkan untuk lebih banyak bergerak ke depan. Alli juga mempunya sentuhan bola awal yang lebih baik berbanding Lingard.
Kemudian, adakah Alli sanggup beraksi seperti Parolo, lebih pasif dan masuk ke dalam? Ego seseorang pemain tentu akan diuji di pentas besar kerana itulah yang dihadapi Lampard dan Gerrard. Kedua-duanya mahu menjadi arkitek kepada setiap serangan sehingga memberikan masalah buat pasukan apabila kedua-duanya turun beraksi.
Untuk pemain yang menyokong, Eric Dier memiliki kekuatan fizikal untuk menampung kelibat Alli dan Lingard tetapi apa yang menjadi masalah adalah tiada pemain lain yang mempunyai kekuatan sepertinya, sekaligus memberi Southgate masalah sekiranya Dier ditimpa kecederaan.
Pemain tengah Watford, Nathaniel Chalobah, sebenarnya mampu menjadi pilihan kedu tetapi dia sering gagal menyaingi Abdoulaye Doucore di peringkat kelab. Skuad England juga berputih mata apabila seorang lagi pemain tengah United, Scott McTominay, memilih untuk menyarung jersi Scotland.
Jadi, posisi yang dipegang Dier menjadi tidak konsisten. Jordan Henderson mampu mengisi kekosongan jika ketiadaan Dier, namun dia tidak mampu menyaingi kekuatan fizikal serta aspek bertahan yang dimilik anak didik Mauricio Pochettino itu.
Seharusnya diakui bahawa England kini mempunyai masa terbaik selepas generasi emas pada sekitar 2000-an. Pasukan muda mereka meraih kejayaan di kejohanan-kejohanan besar dan pastinya ia mahu dikekalkan skuad senior apabila beraksi di Piala Dunia 2018, mengikut jejak langkah pasukan muda.
Jadi, masalah antara Lingard dan Alli harus ditangani segera oleh Southgate bagi mengelakkan masalah 10 tahun lalu berulang. Dia perlu mengelak aspek-aspek yang mampu menjulang England ke peringkat lebih tinggi menjadi punca kepada kekecewaan seperti apa yang terjadi sebelum ini.