Luar Negara Asia

Belum ada kepastian bila musim akan bermula, pemain kelab Liga 2 Indonesia runsing

Kalau di Malaysia, tarikh untuk semua kejohanan seperti Liga Super, Liga Premier dan Piala FAM telah ditetapkan dan diumumkan lebih awal.

Berbeza pula situasi di Indonesia. Ketika Liga 1 Indonesia sudah mula rancak dengan pasukan-pasukan sudah mula cuba mengejar kedudukan teratas liga, Liga 2 Indonesia masih belum diketahui bila akan dimulakan.

Setakat ini masih belum ada kepastian daripada pentadbir liga, PT Liga Indonesia Baru (LIB) berkenaan bila tarikh sepak mula Liga 2 bagi musim 2018 ini.

Perkara ini bukan setakat mengundang pertanyaan di kalangan penyokong, tetapi juga pemain-pemain pasukan yang beraksi di Liga 2 sendiri.

“Sehingga kini masih belum tau bila akan bermula, menurut PT LIB mereka akan mengusahakan supaya liga bermula tidak lebih daripada bulan ini,” kata Aang Suparman yang beraksi untuk Persika Karawang seperti dilaporkan Kompas.com.

Menurut ketua pegawai eksekutif PT LIB, Tigorshalom Boboy, antara sebab kenapa Liga 2 masih belum dimulakan bagi musim ini adalah kerana adanya isu dengan penaja liga.

Setakat ini, pihak PT LIB akan berusaha untuk memulakan liga 2 pada bulan April 2018.