Luar Negara Eropah

Kenali Konsortium China yang mahu merevolusikan Wolverhampton dengan bantuan Jorge Mendes

Wolverhampton Wanderers kini sedang memimpin carta Liga Kejuaraan. Mereka meraih kutipan tujuh mata mengatasi pencabar lain. Di bawah kendalian bekas pengendali Porto dan Valencia, Nuno Espirito Santo, Wolves dilihat mendominasi liga berbekalkan khidmat pemain yang dipinjamkan dari Atletico Madrid, Diogo Jota, serta pemain pinjaman Al Hilal dari Brazil, leo Bontaini, yang telah menjaringkan 12 gol.

Ia sudah pasti satu kisah yang mencuri perhatian ramai.

Wolves adalah sebuah kelab yang dilimpahkan dengan sejarah. Pada tahun 1988, mereka adalah salah satu pasukan yang terawal dalam liga bola sepak dan pada tahun 1950, mereka layak diberikan gelaran salah satu pasukan terbaik di dunia selepas memiliki tiga kejuaraan liga. Dikenali dengan jersi ikonik selama berpuluh tahun, mereka tentunya memerlukan masa yang lama untuk kembali ke peringkat tertinggi.

Bagaimanapun, ia tidak seindah dan semudah seperti diperkatakan.

Sebenarnya, jenama Wolves telah diperbaharui dalam bola sepak moden hasil daripada perubahan ekonomi global. Mereka harus bersyukur selepas dibeli oleh perusahaan China yang berpangkalan di Shanghai, Fosun International. Syarikat itu telah telah berkembang daripada setiap jenis perniagaan termasuk insurans, percutian, hiburan dan minyak. Mereka layak digelarkan sebagai salah satu syarikat persendirian yang terbesar di China, selepas mencatatkan kutipan keuntungan sebanyak 1.2 bilion paun pada tahun lalu serta memiliki aset bernilai hampir 60 bilion paun.

Justeru, nilai 45 juta paun yang dikeluarkan Fosun untuk meraih pemilikan Wolves adalah satu jumlah yang kecil. Berdasarkan rekod sebelum ini, Fosun terlebih dahulu telah menunjukkan minat dalam dunia perniagaan industri bola sepak.

Pada tahun 2015, Presiden China, Xi Jinping, telah menetapkan rancangan untuk meletakkan China sebagai satu kuasa besar dunia perniagaan sukan, khususnya bola sepak. Berbekalkan dorongan yang disediakan untuk pelaburan, ahli-ahli perniagaan dari negara Tembok Besar itu mula membeli kelab-kelab bola sepak di China dan serata Eropah.

Situasi itu telah menyebabkan bermulanya perbelanjaan besar kelab-kelab China, menyaksikan rekod demi rekod dipecahkan. Langkah pertama mereka adalah apabila Shanghai Shenhua mendapatkan khidmat Carlos Tevez dan menjadikan bintang Argentina itu sebagai pemain yang menerima bayaran tertinggi di dunia. Selama setahun, kelibat Tevez tampak tidak membantu pasukan sehingga dia membuat keputusan untuk berhijrah ke Boca Junior sambil menyifatkan masanya di China sebagai percutian. Ia berlarutan sehingga pihak berkuasa China menetapkan cukai sebanyak 100% kepada setiap pembelian asing untuk menamatkan perbelanjaan itu.

Pemilikan bola sepak telah menunjukkan jalan yang sama di pentas Eropah. AC Milan, Inter Milan, Nice, ADO Den Haag, Espanyol dan Southampton merupakan antara pasukan yang telah dimiliki oleh syarikat China. Kelab-kelab seperti Manchester City dan Atletico Madrid juga dilihat menjual saham kepada mereka.

Bagaimanapun, tumpuan lebih terarah ke bahagian West Midlands. West Bromwich Albion telah dijual kepada Yunyi Guokai Sports Development, sama seperti pelaburan Fosun dengan jumlah sekita 200 juta paun. Aston Villa telah dimiliki oleh usahawan yang “gilakan” laman Twitter, Tony Xia, dengan nilai 77 juta paun sementara Birmingham City dibeli oleh Trillion Trophy Asia milik ahli perniagaan Hong Kong, Paul Suen.

Mereka meraih bahagian saham terbesar kelab daripada Carson Yeung, bekas pendandan rambut yang pernah membeli Birmingham, memberikan kejayaan serta zaman kejatuhan sebelum dia dipenjarakan akibat sindiket wang haram sehingga hari ini.

Sebelumnya
Halaman 1 / 2