Pemain dan pegawai pasukan Persija Jakarta telah memohon maaf kepada semua penyokong Persib ekoran satu video yang tular di laman sosial semalam.
Video yang berasal daripada siaran langsung Instagram salah seorang pemain Persija, Riko Simanjutak menjadi sebutan terutamanya di kalangan penyokong Persib apabila adanya unsur menghina dan provokasi terhadap penyokong Persib.
Selepas video tersebut tular, dua pemain Persija, Riko dan Gunawan Dwi Cahyo telah menjadi sasaran amarah penyokong Persib kerana penampilan dua pemain tersebut dalam rakaman itu.
Enggan mengeruhkan suasana, Persija menerusi laman sosial rasmi mereka telah memuat naik video permohonan maaf kepada semua penyokong Persib Bandung.
Dengan kerendahan hati Manajemen, pelatih, pemain dan keluarga besar @persijajkt minta maaf terkait beredarnya video viral yang menyingung hati dan perasaan suporter dan seluruh keluarga besar Persib Bandung.#GuePersijaGueMintaMaaf#PersijaJakarta #PersijaSelamanya pic.twitter.com/XKo5zmDSLU
— Persija Jakarta (@Persija_Jkt) March 28, 2018
Dalam video tersebut, semua pemain diketuai ketua pasukan Ismed Sofyan dan legenda Persija, Bambang Pamungkas telah memohon maaf di atas kesilapan yang telah dilakukan oleh rakan mereka.
Perseteruan di antara Persija Jakarta dan Persib Bandung sememangya cukup terkenal di Liga Indonesia. Sering berlaku pergaduhan di antara kedua-dua penyokong sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. Pada musim lalu, penyokong Persija dan Persib telah bersetuju untuk berdamai dan tidak mahu sebarang insiden buruk berulang lagi.