Selepas memberi ruang kepada pusingan kedua Piala FA minggu lepas, aksi unifi Liga Super Malaysia akan kembali pada hujung minggu ini dengan enam perlawanan menarik pada hari Jumaat hingga Ahad.
Pendahulu liga, Johor DT akan berkunjung ke Kuala Terengganu untuk bertembung dengan skuad Penyu, yang masih mempunyai rekod belum tewas di pentas Liga Super.
Perak akan turun berentap dengan Selangor dalam perlawanan yang akan menyaksikan Mehmet Durakovic dan Rob Cornthwaite bertemu dengan bekas pasukan mereka. Kuala Lumpur pula akan cuba mencetus kebangkitan apabila menjadi hos kepada pasukan Kedah yang dikendalikan oleh Ramon Marcote.
Berikut adalah senarai penuh siaran langsung untuk Matchday 5 unifi Liga Super 2018!