Luar Negara

Menjelang pertemuan Man City, Antonio Conte mempunyai pelbagai masalah untuk diselesaikan

Dua minggu lepas, saya menulis sebuah artikel mengenai masalah besar yang akan menimpa Chelsea. Ia bukannya satu rahsia, kerana Chelsea bakal berdepan dua kelab Manchester di tempat lawan pada bulan Februari. Jelas kelihatan Chelsea akan pulang tanpa sebarang mata dari kedua-dua perlawanan.

Saya menulis artikel ini dengan telahan seakan-akan Chelsea akan tewas kepada City. Mereka mungkin menang atau kalah di Etihad, tetapi saya juga menulis ini tanpa pedulikan apa-apa. Masanya akan tiba apabila penyokong Chelsea belajar untuk tidak membuat sebarang ramalan mengenai bagaimana musim akan berakhir berdasarkan persembahan berperingkat sepanjang musim.

Tiada siapa menyangka perlawanan menentang Bournemouth dan Watford akan berakhir dengan Chelsea tidak memungut sebarang mata dalam dua perlawanan berturut. Di awal musim, kekalahan Chelsea kepada Tottenham di tempat lawan berlaku selepas kekalahan mengejut kepada Burnley di Stamford Bridge dan ditambah dengan kecederaan serta penggantungan beberapa pemain utama. Dan pada minggu lalu, Chelsea mungkin kecewa kerana gagal menewaskan Barcelona. Jika anda mahu membuat sebarang ramalan, ramalan paling tepat adalah Chelsea akan mengalami turun naik sama seperti degupan jantung.

Jika mahu membuat ramalan berdasarkan prestasi semasa Chelsea, ianya tetap sukar kerana kita tidak akan tahu Chelsea bagaimana yang akan muncul. Melihat aksi menentang Barcelona, satu persembahan menarik ditunjukkan Chelsea jika dibandingkan dengan aksi mereka pada hari Ahad. Willian terus menunjukkan aksi yang menenggelamkan Eden Hazard.

Gabungan pemain Brazil dan pemain Belgium itu wajar dinikmati, sama dengan kesilapan Chelsea yang sudah dijangka akan berlaku dalam perlawanan itu. Chelsea mampu membuat hantaran dan pergerakan dengan kesan yang cukup merbahaya. Walaupun kehebatan ini tidak menghasilkan 3 mata pada hari Ahad lalu, tetapi jaringan pertama mengingatkan penyokong Chelsea tentang apa yang tidak mustahil.

Yang paling boleh dijangka adalah kesan daripada kesilapan berterusan Chelsea. Saya tidak tahu bagaimana taktikal baru Antonio Conte yang menerapkan hantaran pantas dan cantik yang diketuai oleh Willian dan Hazard telah ditenggelami oleh kegagalan pemain-pemain Chelsea untuk bertahan dengan taktikal tersebut dalam satu tempoh masa. Kesan ini dapat dilihat menerusi kesilapan mudah yang menyebabkan Barcelona dan Manchester United dapat menjaringkan gol selepas Chelsea mendahului. Apa yang menarik, kekalahan kepada United pada Ahad lalu merupakan kali pertama Chelsea tewas selepas mendahului sebuah perlawanan dalam aksi liga.

Jadi, apa yang perlu dilakukan? Adakah Chelsea perlu kembali ke formasi 3-5-1-1? Ini adalah formasi yang digunakan sebelum Januari yang membantu memperkuat pertahanan tetapi membuatkan mereka kurang menjaringkan gol. Ini menjadikan jumlah jaringan gol Chelsea lebih kurang berbanding lima pasukan termasuk Arsenal yang berada di bawah mereka. Atau adakah Chelsea perlu kekal dengan formasi 3-4-3 seperti sekarang, dengan penukaran pemain lebih berkesan untuk memastikan kesemua pemain mempunyai stamina yang cukup untuk beraksi dalam tempo pantas?

Apa yang sudah tentu adalah Antonio Conte telah meletakkan jaringan gol sebagai perkara utama. Pertahanan Chelsea walau banyak melakukan kesilapan semenjak dua menjak ini pasti akan dapat diperbaiki. Bahagian serangan Chelsea telah bergelut sepanjang musim, Penjaring terbanyak Chelsea adalah Eden Hazard yang baru mengatasi Alvaro Morata. Morata sendiri sudah tidak menjaringkan gol sejak kali terakhir melakukannya pada 2017 (kerana kecederaan dan penggantungan). Ini merupakan satu perkara yang mungkin mereka baru sedar sekarang.

Di penghujungnya, Chelsea sudah tiada pilihan kecuali menyerang. Berada di tempat kelima mereka tiada pilihan kecuali mendaki.

Oleh Kweku Amonoo-Quyst
(www.tifofootball.com)