Luar Negara

Chelsea kelab sempurna untuk saya – Olivier Giroud

Penyerang Perancis, Olivier Giroud mengakui bahawa Chelsea merupakan kelab yang paling tepat untuknya kerana dia memerlukan cabaran baru.

Giroud, berpindah ke Chelsea dari Arsenal pada jendela perpindahan Januari lalu yang menyaksikan penyerang Borussia Dortmund berpindah ke Arsenal dan Michy Batshuayi berpindah ke Dortmund.

Dalam satu temuramah bersama Daily Mirror, Giroud berkata: “Sudah lama saya tidak beraksi secara kerap, sebab itu saya perlu pindah. Saya perlukan cabaran baru dan Chelsea merupakan kelab yang sempurna untuk saya.

“Ianya di Liga Perdana Inggeris dan ini kelab yang telah memenangi banyak kejuaraan dalam tempoh 10 tahun sebelum ini. Ianya kelab yang besar dan saya berbangga untuk berada di sini dan meneruskan kerjaya saya di Liga Perdana.”

Giroud menunjukkan aksi cemerlang ketika membantu Chelsea menewaskan West Brom di Stamfor Bridge minggu lalu dan pastinya dia berharap Conte akan memberikannya peluang dalam perlawanan Piala FA menentang Hull minggu ini.