Chelsea dikatakan sedang memantau situasi Peter Crouch di Stoke City dengan beberapa laporan mengatakan bahawa Antonio Conte berminat untuk membawa penyerang England itu ke Stamford Bridge.
The Blues sebelum ini dikaitkan dengan Andy Carroll, namun bintang West Ham itu kini dibelenggu dengan masalah kecederaan. Situasi ini sudah mula mendorong Chelsea untuk mengubah fokus mereka terhadap calon-calon lain dan Crouch adalah antara nama yang sedang disebut oleh pihak pengurusan kelab itu.
Crouch baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Stoke City bulan November lepas dan jurulatih baru Stoke City, Paul Lambert mahu mengekalkan penyerang itu di Stadium Brittania untuk membantu aspirasi mereka mengelak dari tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.
Namun, jika Chelsea membuat tawaran yang bagus, Crouch dijangka akan bersedia untuk berhijrah ke London, terutamanya kerana dia menyokong kelab tersebut semasa masih kanak-kanak lagi. Malah, Crouch juga pernah menjadi ‘ball-boy’ di Stamford Bridge, ketika berumur tujuh tahun.
Apa pandangan anda tentang spekulasi ini?