SYRIA
Ketua Jurulatih: Mohand Al Faqir
Pemain Tumpuan: Moumen Naji
Syria nyaris tidak layak untuk kejohanan ini selepas hanya sekadar menang tipis ke atas India dan seri menentang Turkmenistan dan Qatar. Atas kertas, Mohand Al Fajr mempunyai skuad yang tidak begitu bagus, jika dibandingkan dengan gergasi Asia lain.
Lebih merisaukan adalah lawan mereka di Kumpulan D. Australia dan Korea Selatan mempunyai kualiti di semua posisi manakala Vietnam pula adalah antara pasukan yang mampu cipta kejutan di China.
Namun, jika anak buah Mohand Al Fajr mahu mencari inspirasi, mereka hanya perlu memikirkan skuad senior Syria yang menarik perhatian jutaan orang sepanjang 2017, selepas berjaya layak ke ‘play-off’ peringkat kelayakan Piala Dunia 2018. Dan barisan pemain dalam skuad Syria tersebut turut bermain di pentas Piala AFC B-23 tahun pada tahun 2016.
Trivia!
Omar Kharbin, pemain terbaik Syria di pentas Piala AFC B-23 pada tahun 2016, diiktiraf sebagai Pemain Terbaik di Asia pada tahun 2017.