Luar Negara Berita

Video : Polis serbu kubu ultras Juventus, rampas peralatan neo-Nazi dan peluru berpandu

Polis telah menyerbu ke satu kubu peminat bola sepak ekstrem di Itali yang mempunyai kaitan dengan Neo Nazi di tengah bandar Turin.

Dalam serbuan tersebut, beberapa senjata merbahaya termasuk pisau, senjata api dan peluru berpandu yang dibeli di Qatar dan dihasilkan di Perancis pada tahun 1980 turut dirampas.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Euronews berkata bahawa tiga orang telah ditangkap oleh pihak polis di mana melibatkan dua suspek warganegara Itali dan seorang lagi warganegara Switzerland.

Serbuan yang dilakukan pada pagi Isnin melibatkan kawasan sekitar lapangan terbang Pavia, barat laut Itali.

Media Itali berkata operasi itu menyasarkan kumpulan peminat “ultras” pasukan Serie A Juventus.