AUSTRALIA
Ketua Jurulatih: Ante Milicic
Pemain Tumpuan: Alex Gersbach
Australia akan memulakan kempen mereka dengan misi balas dendam. Dua tahun lepas, mereka tersingkir di peringkat kumpuan Piala AFC B-23 tahun, namun tahun ini, skuad Ante Milicic berada di dalam kedudukan yang lebih bagus dan dijangka memberi cabaran yang sengit kepada gergasi Asia lain.
Memandangkan Milici hanya dibawa masuk untuk menggantikan Josep Gombau selepas Australia melayakkan diri untuk kejohanan ini, ketua jurulatih itu mahu melihat kebolehan anak buahnnya di pentas antarabangsa.
“Saya berharap pemain saya akan menggunakan peluang ini dengan baik. Mereka akan berdepan dengan cabaran yang besar namun saya yakin bahawa pemain saya akan menimba ilmu penting yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti permainan mereka.
“Selama empat tahun lepas, saya berkhidmat untuk skuad senior jadi saya tahu betapa tinggi kualiti football di tahap Asia. Tapi pengalaman ini akan membantu setiap pemain dari pelbagai aspek. Malah, ini adalah pentas yang bagus untuk beberapa pemain muda saya membuktikan kebolehan mereka dengan Piala Dunia dijadualkan untuk bermula enam bulan dari sekarang,” tambah Milicic.
Trivia!
Australia mempunyai rekod pertahanan terbaik di peringkat kelayakan selepas tidak membolos sebarang dalam tiga perlawanan mereka.