Asia AFC U23 Championship

Previu Kumpulan D Piala AFC B-23 Tahun: Vietnam berdepan tiga gergasi Asia

KOREA REPUBLIC

Photo Credit: AFC

Ketua Jurulatih: Kim Bong-gil
Pemain Tumpuan: Choo Young-wook

Skuad Korea Selatan akan memulakan kempen AFC B-23 tahun mereka dengan harapan untuk menjadi juara tahun ini, selepas kekalahan mereka di tangan Jepun pada tahun 2016. Rata-rata semua pemain yang diterapkan ke dalam skuad ini telah menerima tawaran kontrak daripada pasukan K-League. Ini bermakna skuad ini, dari segi kualiti, cukup bagus untuk memberi cabaran yang sengit.

Ketua jurulatih, Kim Bong-gil mendedahkan bahawa mereka akan cuba menggunakan corak permainan yang teknikal. Hantaran pendek dan ‘high pressing’ akan menjadi fokus utama di atas padang. Ini mungkin memberi sedikit masalah kepada skuad Korea Selatan kerana barisan pemain di dalam skuad ini tidak kenali untuk tahap kreativiti mereka. Namun, Bong-gil tekad mahu menggunakan platform ini untuk membentuk skuad yang lebih mantap bagi Sukan Asia.

“Dari perspektif jangka-masa panjang, kejohanan ini adalah platform yang bagus untuk menjalani persediaan Sukan Asia. Sudah tentu kami mahu memenangi kejohanan ini namun perkara itu bukan muda untuk dicapai. Tahun lepas, bolasepak Korea bergelut dengan beberapa isu tetapi 2018 merupakan peluang untuk kami bangkit semula. Saya berharap para penyokong akan memberikan lebih fokus terhadap Sukan Asia.

Trivia!

Choo Young-wook merupakan penjaring terbanyak Korea Selatan di peringkat kelayakan dengan empat gol daripada tiga perlawanan. Kesemua gol tersebut dijaringkan dalam kemenangan 10-0 ke atas Macau.