Asia AFC U23 Championship

Previu Kumpulan C Piala AFC B-23 Tahun: Cabaran besar menanti anak buah Kim Swee di China

JORDAN

Photo Credit: AFC

Ketua Jurulatih: Iain Brunskill
Pemain Tumpuan: Musa Al-Tamari

Jordan boleh diklasifikasikan sebagai pasukan yang mampu cipta kejutan di China, walaupun prestasi mereka di pentas AFC B-23 semakin merosot semenjak empat tahun lepas. Pada tahun 2014, Jordan merangkul tempat ketiga, manakala pada tahun 2016 pula, mereka sekadar mara sehingga peringkat suku akhir sahaja.

Kali ini, mereka nyaris terlepas dari beraksi dalam kejohanan ini selepas tewas di tangan Palestin dan gagal menjuarai kumpulan mereka di peringkat kelayakan. Namun, tidak wajar bagi sesiapa untuk memperkecilkan kebolehan skuad ini kerana mereka mempunyai beberapa pemain yang cukup bahaya, termasuk Baha’ Faisal dan Musa Al-Tamari.

Skuad ini turut berada di bawah kendalian bekas pemain kebangsaan England, Iain Brunskill. “Kami telah memilih barisan pemain yang seimbang dari segi kualiti dan pengalaman. Berdasarkan persediaan yang telah kami lakukan setakat ini, saya yakin bahawa pemain saya akan berjaya mengharungi cabaran yang menanti mereka di China,” kata Brunskill.

 

Trivia!

Sebelum mengambil alih skuad B-23 Jordan, Brunskill pernah menjadi Ketua Pembangunan Pemain Profesional di Bolton Wanderers. Dia juga pernah menjadi jurulatih skuad utama Blackburn Rovers, suatu masa dahulu.