Johor Darul Ta’azim telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 kelab bolasepak yang paling berpengaruh di media sosial.
Berdasarkan kajian ‘Global Digital Football Benchmark’ yang dilakukan oleh RESULT Sport, sebuah agensi pemasaran digital yang berpangkal di Germany, Real Madrid, Barcelona dan Manchester United menduduki tiga tempat teratas, manakala Johor DT menduduki tangga ke-88 dengan 2,563,440 peminat di media sosial.
Statistik tersebut mengambil kira jumlah ‘followers’ di Facebook, Twitter, Instagram, Google Plus, YouTube dan juga Periscope. Berikut adalah pecahan peminat media sosial untuk JDT
Facebook: 1,870,413 orang
Instagram: 492,721 orang orang
Twitter: 175,523 orang
Periscope: 89 orang
Google Plus: 105 orang
YouTube: 24,589 orang
Jumlah tersebut bermakna JDT (88) mempunyai pengaruh yang lebih besar di sosial media daripada kelab-kelab seperti Swansea City (90), Athletic Bilbao (93), Real Sociedad (99), Crystal Palace (101) dan juga FC Shakhtar (105).
Dari perspektif Asia pula, JDT berada di kedudukan ke-8 daripada 11 kelab Asia, dan merupakan satu-satunya kelab Malaysia yang tersenarai dalam kelompok ini.
Persib Bandung (20) merupakan pasukan yang paling berpengaruh di Asia dengan lebih 14 juta peminat di media sosial, sekaligus meletakkan mereka di atas Tottenham Hotspur (23), AS Roma (26), Inter Milan (29), Leicester City (30) dan juga Napoli (38).
Berikut adalah senarai 11 kelab Asia yang tersenarai dalam kelompok 100 kelab paling berpengaruh di media sosial:
1) Persib Bandung (20)
2) Al Hilal (24)
3) Al Ittihad (59)
4) Persija Jakarta (63)
5) Kerala Blasters (66)
6) Al Nassr (68)
7) Muangthong United (77)
8) Johor Darul Ta’azim (88)
9) Atletico de Kolkata (97)
10) Buriram United (100)
**Sila lihat slideshow di bawah ini untuk senarai penuh kelab-kelab yang paling berpengaruh di media sosial.