OMAN

Ketua Jurulatih: Hamad Al-Azani
Pemain Tumpuan: Jameel Al Yahmadi
Oman boleh dikatakan antara pasukan yang terkuat dalam kejohanan ini kerana mereka mempunyai kualiti yang cukup menakjubkan di bahagian serangan. Dengan Mohsen Saleh, Moatez Saleh dan juga Jameel Al Yahmadi, memang susah untuk bayangkan skuad ini mengecewakan penyokong mereka di peringkat kumpulan.
Di peringkat kelayakan, Oman memenangi kumpulan yang turut mengandungi gergasi bolasepak Asia, Iran. Selain itu, tahap keyakinan dan ‘morale’ pemain Oman cukup tinggi ketika ini kerana beberapa pemain daripada skuad ini turut bermain untuk skuad senior yang baru sahaja menjadi juara Gulf Cup tempoh hari.
Trivia!
Oman tidak pernah layak ke peringkat kalah mati di kejohanan ini. Mereka tersingkir di peringkat kumpulan pada tahun 2014, sebelum gagal mara dari pusingkat kelayakan pada tahun 2016.