Liga Super Malaysia

Kelantan bakal guna khidmat jurulatih import?

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bakal mengumumkan siapa yang akan mengendalikan pasukan bagi menggantikan tempat Sathit Bensoh yang dipecat ekoran prestasi buruk pasukan.

Menurut laporan Kosmo Online, Presiden KAFA Bibi Ramjani Alias menyatakan bahawa mereka bakal membuat keputusan secepat mungkin.

“Sekarang ini kita sedang meneliti beberapa jurulatih import dan akan mengumumkannya secepat mungkin siapakah yang bakal menyertai pasukan ini.”

Buat masa ini, skuad Kelantan dikendalikan buat sementara waktu oleh Yusri Che Lah dan mereka berjaya memungut tiga mata dalam perlawanan bertemu Perak di Kota Bharu.

Sathit Bensoh dipecat selepas persembahan buruk ditunjukkan oleh The Red Warriors dalam aksi Liga Super. Antara nama-nama yang kuat dikaitkan dengan Kelantan adalah dua bekas ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu dan Velizar Popov.

Jika mengikut kenyataan yang diumumkan oleh Bibi, nampaknya jurulatih import akan dibawa masuk bagi mengendalikan Kelantan.