UZBEKISTAN

Ketua Jurulatih: Ravshan Khaydarov
Pemain Tumpuan: Zabikhillo Urinboev
Uzbekistan merupakan satu lagi pasukan Kumpulan A yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan ini sebagai pemenang kumpulan kelayakan. Mereka meraih kemenangan mudah ke atas Lebanon dan Nepal sebelum menewaskan UAE untuk menempah slot ke China. Kemenangan tersebut cukup mengejutkan kerana UAE adalah antara pasukan yang paling digeruni di timur tengah.
Antara faktor utama yang menjadikan Uzbekistan sebuah pasukan yang bahaya adalah Zabikhillo Urinboev, penyerang muda yang cukup prolifik di hadapan gol. Dan ketua jurulatih mereka, Ravshan Khaydarov, cukup optimistik tentang peluang mereka untuk mara ke peringkat kalah mati di China.
“Tiada banyak perbezaan di antara semua pasukan di Kumpulan A dari segi kekuatan, potensi dan aspek taktikal. Kami cukup mengenali China dan Qatar kerana pernah menentang mereka dalam perlawanan persahabatan sebelum ini. Oman turut merupakan pasukan yang kuat kerana mereka mengalahkan Iran di peringkat kelayakan,” kata Ravshan.
“Agak susah untuk memberi ramalan kerana semua pasukan mampu memenangi kejohanan ini. Namun, semuanya bergantung kepada persediaan yang telah dilakukan oleh setiap pasukan,” tambah beliau.
Trivia!
Penyerang Uzbek, Zabikhillo Urinboev diiktiraf sebagai penjaring terbanyak Kejohanan AFC B-19 pada tahun 2014 dengan lima gol di bawah namanya.