
Tiga tahun selepas meninggalkan Sagan Tosu, Yoon Jung-hwan mengambil Cerezo Osaka – pasukan yang baru sahaja kembali ke pentas J.League selepas dua tahun di divisyen kedua – pada tahun 2017. Dengan pasukan yang tidak begitu kuat, Yoon berjaya membantu Cerezo memenangi dua piala tahun lepas – Piala J.League YBC Levain dan juga Piala Emperor. Di pentas J.League pula, Cerezo merangkul tempat ketiga di bawah kendalian jurulatih yang berasal daripada Korea Selatan ini.