Selepas membantu Levante kembali ke La Liga, Natxo Insa terus menyertai JDT selepas menerima kerakyatan Malaysia, tanpa mengambil sebarang cuti. Dan walaupun hanya beraksi untuk separuh musim, Insa jelas merupakan pemain yang paling berkualiti di Liga Super. Dia mempunyai visi yang cukup menakjubkan di atas padang, dan sempat membina kesefahaman yang bagus bersama Safiq Rahim, dalam masa yang singkat.