Luar Negara

Football Tribe Awards: 10 Pemain Terbaik Asia Di Eropah (10-4)

Seorang lagi penyerang Iran yang mencipta gelombang positif di Eropah adalah Karim Ansarifard. Sejak berhijrah ke Olympiacos pada bulan January lalu, Ansarifard berjaya membantu pasukannya meraih kejuaraan liga di Greece. Namun, ketua jurulatih Besnik Hasi membuat keputusan pelik untuk mengetepikan bintang Iran itu pada awal musim ini.

Selepas jurulatih Albania itu dipecat pada penghujung September lalu, Ansarifard diterapkan kembali ke dalam skuad utama Olympiacos dan dia sudah berjaya menjadi penjaring terbanyak liga Greece dengan tujuh gol daripads 11 perlawanan setakat ini.