Terens Puhiri, pemain yang dikatakan menjadi sasaran pasukan Perak untuk musim 2018, telah secara sah menyertai kelab Port FC di Thailand.
Berita tersebut disahkan oleh presiden Borneo FC sendiri atas sebab mahu membantu Terens berkembang dari segi potensi dan menjadi pemain yang lebih bagus.
Musim lepas, Terens berjaya menjaringkan enam gol dan mencatat enam ‘assist’ untuk Borneo FC. Namun, popularitinya sebagai pemain mula meledak apabila dia berjaya menjaringkan gol solo ketika menentang Mitra Kukar.
Video gol tersebut menjadi viral di seluruh internet dan sejak itu, Terens sering dikaitkan dengan pelbagai kelab di seluruh Asia, termasuk Perak dan juga Persipura Jayapura.
Ini bermakna Perak terpaksa mengubah perhatian mereka kepada sasaran lain untuk mengisi kuota pemain import ASEAN buat musim 2018.
Setakat ini, Perak hanya mempunyai dua pemain import untuk musim depan, iaitu Leandro Santos dan juga Gilmar.