Other Editions

TMJ mahu jumpa ‘budak topi merah’ Ultras Malaya

“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa dia, budak topi merah tu.”

Itu yang diperkatakan oleh Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim apabila bersembang tentang kekalahan Malaysia di tangan Hong Kong tempoh hari. Ketika perlawanan itu berlangsung, Ultras Malaya menggemakan Stadium Hong Kong dengan chant ‘FAM Bangsat’

Berdasarkan video insiden tersebut, individu yang mengetuai ‘chant’ tersebut boleh dilihat memakai topi berwarna merah. Dan TMJ mahu berjumpa dengan individu tersebut untuk membincangkan ‘isu bolasepak tanah air’.

“Ni guarantee, tak dapat duit tambang pergi Hong Kong, tu yang dia bangsatkan FAM. Cuba dapat duit tambang, tengok dia bangsatkan ke tak?”

“Kalau handal sangat, kita patut berjumpa. Kita boleh bercakaplah. Kita manusia bukannya binatang, nak makan antara satu sama lain. Nasihat saya kepada diorang, teruskanlah nyanyi lagi tu, tiada masalah!” ujar baginda dalam sesi perbincangan yang berlangsung di JDT Kafe, malam semalam.

Namun, TMJ turut mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika Ultras Malaya mahu menggunakan chant tersebut.

It’s ok, no problem! Saya pun nyanyi benda tu juga dulu. Tiada masalah, tak ada ambil hati punya.

“Semua orang mahukan kejayaan, semua orang mahukan kemenangan. Dan kita akan cuba mendapatkan keputusan yang baik. Cuma buat masa ini, kita tak mampu memberikan anda keputusan yang baik,”

“Tiada masalah untuk kecewa. Tak ada rasa sakit hati. Kita semua profesional. Jadi, apabila orang nyanyi FAM Bangsat, kadangkala saya ikut juga,” tambah baginda.

Related Posts