Luar Negara

Watanya Wongopasi ditamatkan kontrak sebagai pengurus Thailand U22

Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) telah memperkenalkan polisi baru di mana jawatan pengurus pasukan dibubarkan dan hanya ketua jurulatih sahaja yang menguruskan pasukan bawah 23 tahun skuad kebangsaan Thailand. Polisi ini menyebabkan pengurus pasukan Thailand U23, Watanya Wongopasi diminta meletak jawatan kerana tidak mempunyai kepakaran dalam bidang kejurulatihan.

Watanya telah tiba di pejabat FAT dan menyerah surat perletakan jawatan sebagai pengurus pasukan Thailand U22 bagi menghormati polisi baru persatuan bolasepak Thailand.

Pengurus cantik itu baru sahaja memenangi pingat emas sukan SEA di Kuala Lumpur bulan lepas selepas Thailand menewaskan Malaysia dengan jaringan 1-0 hasil jaringan sendiri daripada penjaga gol Malaysia, Haziq Nazli.

“Hari ini kami memberikan penghormatan kepada Watanya kerana menghargai tugasnya dan komitmennya sepanjang menguruskan skuad Thailand U22 dimana beliau telah memenangi pingat emas sukan SEA bulan lepas. Kejayaan beliau akan dijadikan inspirasi dan sejarah dalam bola sepak Thailand,” kata presiden FAT, Somyot Phumthong.

” Kami telah berbincang mengenai masa depan pengurus baru. Tetapi polisi terbaru persatuan ialah tiada lagi jawatan pengurus kerana ketua jurulatih akan turut menguruskan pasukan. Untuk melicinkan dan memudahkan pengurusan persatuan, kami minta beliau tamatkan jawatan sebagai pengurus. Kami ingin ucapkan terima kasih kepadanya di atas kerja keras dan komitmen yang tinggi kepada pasukan ”

Walaubagaimanapun, watanya sedia berkhidmat dengan pasukan lain jika ada peluang.

Dibawah polisi terbaru FAT, semua jawatan pengurus untuk skuad kebangsaan bawah 23 tahun dibubarkan kecuali skuad senior. FAT mahu memberikan kuasa penuh kepada ketua jurulatih untuk menguruskan pasukan dan FAT akan memberikan sokongan dari segi pengurusan.